Apakah itu JAPAN RYOKAN & HOTEL ASSOCIATION?

Semua Ryokan dan hotel yang disenaraikan di laman web ini adalah ahli-ahli Persatuan Ryokan dan Hotel Jepun (JAPAN RYOKAN & HOTEL ASSOCIATION). Kesemuanya telah diiktiraf berdasarkan kriteria keahlian yang ketat. Kami menawarkan penginapan yang selamat, terjamin dan selesa kepada tetamu. Jika anda datang ke Jepun, silalah gunakan salah satu daripada Ryokan atau hotel ahli persatuan kami.

Melancong ke destinasi pelancongan terkenal.

Dengan dikelilingi oleh laut dari setiap sudut, Jepun telah membangunkan budayanya yang tersendiri, dan secara tradisionalnya, rakyatnya menghormati alam semulajadi dan menghargai perubahan musim.
Jepun adalah sebuah negara mesra pelancong yang terkenal dengan tahap keselamatannya, dan negara yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap dan dipercayai. Rakyat Jepun adalah aman dan umumnya mempunyai sikap yang tenang.
Di Jepun, setiap bandar mempunyai identiti yang tersendiri. Sebagai contoh, Tokyo merupakan pusat politik, ekonomi, dan budaya Jepun, manakala Kyoto mempunyai budaya tradisional yang tersendiri dan banyak Tapak Warisan Dunia yang terkenal. Mengapa tidak anda mencari "Ryokan" (penginapan ala Jepun) atau sebuah hotel, dan berehat sambil mengenal budaya Jepun tempatan?

Mengalami budaya Jepun tipikal

Melegakan keletihan perjalanan anda

Melegakan keletihan perjalanan anda

Di Jepun, secara tradisionalnya masyarakat telah menggunakan air panas untuk tujuan terapeutik, amalan yang dipanggil "Toji". Sejak turun-temurun, Toji telah menjadi kaedah biasa untuk pulih dari penyakit, sakit ringan dan kecederaan, dan ia termasuk menginap di Ryokan air panas yang dikelilingi oleh alam semulajadi. Kaedah ini memberikan masa santai yang sangat selesa. Kami akan memperkenalkan anda kepada beberapa kolam air panas yang terkenal, Ryokan, dan hotel di seluruh Jepun.

  • hot springs
  • hot springs
  • hot springs

Omotenashi - Hospitaliti Cara Jepun

Omotenashi - Hospitaliti Cara Jepun

Ryokan di Jepun sentiasa mengembangkan "Omotenashi" (hospitaliti cara Jepun) mereka selaras dengan perubahan semasa. Salah satu jenis Omotenashi paling menarik yang ditawarkan oleh Ryokan ialah menyediakan suasana "wa" (harmoni) yang menenangkan untuk dinikmati oleh para tetamu. Sebagai jawapan kepada permintaan untuk "mempertingkatkan fungsi" dan "mengantarabangsakan Omotenashi", Ryokan dan hotel di Jepun berhasrat untuk terus mengembangkan Omotenashi mereka, dan dengan itu mewujudkan destinasi yang lebih baik untuk pelancong yang melawat Jepun.

Masakan sofistikated Jepun yang mencerminkan musim

Masakan sofistikated Jepun yang mencerminkan musim

"Washoku" adalah masakan yang berasal dari Jepun dan disediakan dengan menggunakan bahan-bahan tempatan. Beras, sayur-sayuran dan ikan adalah sebahagian daripada bahan-bahan asas Washoku, dan kini hidangan popular Jepun seperti sushi, sashimi, tempura dan soba juga terkenal di luar negara. Baru-baru ini, UNESCO telah mengiktiraf masakan Jepun sebagai Warisan Budaya Dunia Bukan Benda. Silalah nikmati masakan Jepun yang disediakan di Ryokan atau hotel yang menggunakan bahan-bahan tempatan yang segar.

Hotel yang memberi kedua-dua perkhidmatan yang teliti dan berfungsi tinggi

Hotel yang memberi kedua-dua perkhidmatan yang teliti dan berfungsi tinggi

Selain Ryokan yang memberi tumpuan kepada "omotenashi", terdapat juga hotel biasa yang menawarkan khidmat fungsi yang tinggi. Terletak di bandar-bandar utama seperti Sapporo, Sendai, Tokyo, Nagoya, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka, hotel-hotel ini bersih dan cerah, menawarkan bilik-bilik tetamu yang serba lengkap dengan sistem keselamatan dipertingkat untuk melindungi privasi tetamu mereka, dan juga menyediakan penginapan yang sangat selesa. Sama seperti Ryokan, hotel bandar memenuhi pelbagai keperluan tetamu dari luar negara melalui perkhidmatan teliti yang melambangkan Jepun.

Page Top